Dasar Transformasi Keselamatan JalanRaya.

Ops Sikap telah di transform ke Ops Selamat..
Boleh ''selamat'' ke brooo??!!
Tak apa lah.. Janji ada sedikit perubahan..
Tapi tindakan memantau dan tunggu keputusan adalah sangat tidak sesuai
jika ia mellibatkan NYAWA RAKYAT..
Kita memerlukan satu dasar yg simple, efektif dan sangat efisien..
Dasar skrg sukar utk membendung kemalangan jalan raya..

Antara idea aku utk kerajaan menambah baik dasar yg wujud kini secara
drastik ialah:-

1- mencipta dan menjual HANYA kereta yang mempunyai body yg sangat
selamat. Seperti kereta2 Eropah. Volvo contohnya. Pernah pada 1997,
Jerman merupakan negara paling banyak kemalangan di dunia tetapi
kemalangan jiwa mereka jatuh ke tempat ke 4 atau ke 5. Sedangkan
Malaysia di tempat ke 3 tetapi kemalangan jiwa kita merupakan no 1 di
dunia. Kenapa begitu??
Satu lagi hal yg dipandang ringan ialah body badan bas awam dan
ekspres sangat tidak kuat. Macam 3 layer tin Milo sahaja. Kalau
kemalangan dah tentu sangat merbahaya.
Proton Preve pun sama. Ketuk mcm tin Milo sahaja. Nampak jer gah. Ni
cuma pandangan aku shj.

2- menjual dan membenarkan semua kenderaan di atas jalanraya diprogram
hanya mempunyai kemampuan memecut yg sederhana dan kelajuan maksima
tidak lebih 100km/j. Kenapa tidak??? Tidakkah semua setuju ''KELAJUAN
ITU MEMBUNUH''!!!.. So kenapa masih jual kereta yg laju dan bangga
jika model kereta baru itu mempunyai kelajuan yg tinggi. Kelakar kan??
Senang2 jual shj kereta2 automatik jer. Tune speed mereka mcm kereta
golf jer.. Hehehe..
Cool apa.. Senyap pun senyap.. Tak memekak dgn bunyi ekzos yg sangat bingit..

3- lancarkan penghapusan kereta yg dah 15 tahun di gunakan. Trade in
dan kerajaan boleh la jual kembali ke negara ketiga. Win win
situation. Ini demi keselamatan kepada rakyat. Pelbagi cara boleh
pujuk rakyat utk menghapuskan kereta lama dia org. Bagi la pinjaman
ansuran yg sangat murah jika mereka beli kereta baru.

Simple kan?? Kalau rasa susah.. Sampai kiamat masalah kita tak selesai.
So inilah perkara yg patut kerajaan dan pemimpin negara fikirkan.
Kalau aku jadi PM dah lama aku buat.
Yg penting KESELAMATAN lebih penting drpd wang dan ego.
Dan jangan takut pada para peniaga kereta.. Mereka cuma pengundi
majoriti kecil jer..
Kami pengguna lebih banyak lagi mengundi..

Salammmm....

--
Menulis dari Mobile ku...
57100, Desa Petaling,
Kuala Lumpur, Malaysia.

Post a Comment

1 Comments

King Faizal said…
Dasar seterusnya ialah.. Tutup semua kedai kereta kecuali di beri kelulusan oleh pihak berkuasa.. Kontrol beb.. Banyak sangat..