Minyak dah transform.. Riba bila lagi??

Waaahhhh.. Rasa terharu bila MB Perak cakap dlm TV1 tadi PM kita
sangat komited melakukan pelbagai transformasi demi memperbaiki
kualiti hidup..
Terutamanya ISU ROYALTI MINYAK yg bakal membawa pelbagai impak dan
perubahan yg kita sendiri belum tahu baik buruk nya..
Harap kerajaan ikhlas la ya...
Tahniah broooo...
Aku pun suka sangat daaaaa...
Ini bermakna dasar 'org dulu' tak boleh pakai beb.. Hahahaha

Tapi yg belum di transformasikan oleh PM kita tetapi sangat mencerut
jiwa rakyat dan merupakan perkara antara paliing HARAM dalam Islam
ialah RIBA!!!!

Riba merupakan sistem penindasan org kaya terhadap org miskin.. Ini kata Islam..
Bukan kata aku atau org keturunan aku..
So siapa cakap perkara tu ''terpaksa buat'' dalam zaman skrg sehingga
kini ia menjadi satu kebiasaan???

Ia sebenarnya bermula bila ''keperluan'' hidup menjadi sangat amat
mahal utk di beli..
Keperluan yg sangat penting spt kereta, rumah, kahwin(majlis yg mahal)
dan sebagainya menjadi sesuatu yg amat beban..
Memang terpaksa krn ada unsur paksaan dlm budaya moden kini utk
meminjam demi memiliki ''keperluan'' asas itu..

Orang kerajaan adalah antara mangsa industri RiBA ini...
Baru kerja 6 bulan dah boleh pinjam..
Maklum lah nak beli mcm2 keperluan bila dah mula kerja dan selalunya berdikari..
Dan kini mereka terjerat dlm jerutan tali riba...

Aku suka idea dan gerakan perbankan Islam kini.. Tetapi apa yg di
tawarkan sangat mahal dan amat berbeza dgn riba moden..
Entah lah.. Mungkin KOWTIM antara riba islam dan riba moden supaya jgn
terlalu drastik dalam memberi persaingan..
Ia sangat tidak memberi apa2 impak positif kepada rakyat terutamanya
yg miskin...

Dan yg aku paling risau bila kemampuan membayar riba itu terhenti atas
pelbagai faktor yg tidak boleh di elakkan..
Kalau fikir logik.. Takkanlah peminjam tak nak bayar sedangkan bank
telah mengesahkan bahawa peminjam itu amat layak utk meminjam..
Mestilah ada sebabnya...
Tak mungkin di sengajakan..

Kepada siapa mereka dapat mencari bantuan??
Sistem riba yg paling di benci ialah ketika saat2 inilah sebenarnya...
Sudah lah peminjam itu di dalam kesusahan..
Para pemberi riba ni pulak tekan dan tekan dgn pelbagai cara kepada
mereka lagi..
Riba atau interest tu di naik2 kan berkali2 ganda..
Call dan ugut dlm pelbagai bahasa..
Hantar surat dan ada yg datang rumah buat bising utk memalukan
peminjam pun ada skrg..
Sedangkan ''ADA TAK MEREKA MEMBANTU SI PEMINJAM INI??''

Sudah lah PM dan kerajaan semua..
TRANSFORMASI... Balik la ke pangkal jalan...
Buang sistem riba ini 100%..
Guna sahaja sistem Islam dan tolong rendahkan ansuran tersebut..
Jgn melampau sangat lerrrrr...
Sama2 perbaiki kelemahan ya..
Salammmm...

--
Menulis dari mobile ku..
57100, Desa Petaling,
Kuala Lumpur, Malaysia.

Post a Comment

0 Comments