Zakat Kepada Bukan Islam, Pemuda Subang Tuntut Penjelasan Dr Nasir (ADUN Kota Damansara)

Kota Damansara –- Sambil membuat bantahan keras terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Damansara, Dr Nasir Hashim, Pemuda UMNO Subang hari ini menuntut jawapan dan penjelasan berkenaan cadangan ADUN terbabit berkenaan cadangannya supaya menyalurkan peruntukan zakat kepada bukan Islam di Selangor.

Ketua Pemuda UMNO Subang, Harrison Hassan berkata pihaknya cukup kesal dengan cadangan Dr Hashim itu kerana jelas hanya umat Islam sahaja yang berhak ke atas sumber pendapatan Pusat Zakat Selangor.

"Sumber pendapatan wang zakat ini diperolehi melalui pembayaran zakat oleh orang Islam maka sudah tentunya wang tersebut wajib diagihkan kepada penerima-penerima Asnaf di kalangan orang Islam itu sendiri berdasarkan kriteria yang telah disyaratkan Agama Islam.

"Wang zakat ini tidak boleh diagihkan kepada golongan yang mempunyai nasab (darah dengan keluarga Nabi S.A.W), golongan yang wajib ditanggung nafkahnya oleh pembayar zakat yang berkemampuan dan golongan yang bukan Islam kecuali untuk peruntukan orang-orang Muallaf", katanya.

Justeru beliau berkata pihaknya mahu mengingatkan dan memberi amaran kepada Dr Hashim dan juga pihak-pihak tertentu agar tidak mencari populariti murahan dengan mempertikaikan hak orang Islam.

Beliau yang mengetuai demonstrasi bantahan di hadapan Pejabat Wakil Rakyat DUN Kota Damansara turut menyerahkan memorandum yang diterima wakil kepada Dr Hashim yang enggan menyatakan namanya.

Dalam memorandum itu Pemuda UMNO Subang menyatakan bahawa Agama Islam di Malaysia ini terletak di satu tahap tinggi sesuai dengan Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.

Menegaskan, kebimbangan apa-apa persoalan dan isu yang berkaitan orang-orang beragama Islam tidak boleh disentuh atau dpersoalkan oleh mana-mana pihak.

Menyuarakan, kebimbangan yang amat tinggi terhadap usaha mana-mana pihak lain yang berterusan mencuba untuk menggugat kedudukan agama Islam di Malaysia.

Meminta, agensi-agensi kerajaan yang bertanggungjawab agar sentiasa peka dengan apa-apa cubaan untuk membangkitkan isu-isu sensitive berkaitan Islam, diambil tindakan serta merta.

Memberi amaran, kepada mana-mana pihak, individu atau parti politik agar tidak berterusan “bermain dengan api” dengan mempertikaikan kedudukan agama Islam.

Sumber:- Pemuda UMNO

Post a Comment

0 Comments