Cerita Nizar lagi.........



Beberapa blogger daripada kumpulan Blogger Pembela Negara (BPN) telah membangkitkan isu terkini tentang kesahihan gelaran IR yang digunakan oleh Nizar Jamaluddin. Ini berikutan salah seorang penghantar komen ke blog Gerakan Anti PKR (GAP) baru-baru ini telah menimbulkan persoalan dan mempertikaikan gelaran IR Nizar, kerana namanya tidak tersenarai dalam senarai rasmi Board Of Engineers Malaysia (BEM).

Kami juga telah menyemak nama beliau di dalam senarai pencarian BEM di alamat http://www.bem.org.my/ namun nama Nizar sememangnya tidak ada dalam senarai. Hanya ada empat orang yang bernama Nizar dan yang pasti, ianya bukan nama bekas Menteri Besar itu.

Kami cuba menyemak nama ADUN Paya Jaras merangkap Ketua Bahagian UMNO Subang, Dato Ir Bushro Mat Johor, dan namanya tersenarai di dalam senarai pencarian rasmi BEM tersebut.

Berdasarkan dakwaan dan persoalan yang ditimbulkan itu, maka kami sangat-sangat inginkan penejlasan, apakah kesemua mereka yang bergelar IR, mesti berdaftar dengan BEM? Atau ada juga IR yang tidak berdaftar dengan BEM? Dan apakah IR seseorang itu dianggap sah sekiranya individu tersebut tidak berdaftar dengan BEM?

Kami menghubungi Dato Ir Buhsro Mat Johor, bagi mengesahkan perkara ini. Menurut Dato Bushro, setiap engineers yang mempunyai gelaran IR, mesti berdaftar dengan BEM, di sebabkan BEM adalah badan yang bertanggungjawab memberikan gelaran IR kepada engineers yang layak setelah melalui beberapa ujian.

Kata beliau, sekiranya Nizar menggunakan gelaran IR, namanya juga sepatutnya berdaftar dengan BEM. Sekiranya nama Nizar tidak ada dalam senarai rasmi BEM, maka pasti ada sesuatu yang tidak kena.

Sememangnya, setelah kami semak berkali-kali, nama Nizar tidak juga muncul-muncul. Kami jadi pelik, apakah BEM terlupa mahu menyenaraikan nama Nizar di dalam pencarian rasmi engineer bertauliah yang berdaftar dengan BEM, atau pun Nizar yang terlupa untuk mendaftar namanya di BEM...?

Post a Comment

4 Comments

Anonymous said…
Dato' pun bolih beli tak kan IR tak bolih !
Anonymous said…
ada IR tidak semestinya berdaftar dengan BEM, saya telah melalui ujian Part-2 (IEM), setelah lulus saya praktis 5 tahun kejuruteraan, sekarang saya pun ada IR, tapi nama saya tidak ada dalam BEM sebab saya dari University(USA) tidak diiktiraf oleh SPA dan BEM. (pelik juga kerana UNiv. saya dulu tidak diiktiraf tapi Ujian tu senang jerr. di Malaysia pun banyak Jurutera di iktiraf BEM, tetapi IR main bagi jer, sebab tu design bumbung stadium pun boleh runtuh.
King Faizal said…
kan dah cakap daahhhh..... nizar tu penipu....
Anonymous said…
Saya telah semak pada laman web Board of Engineers Malaysia. Taip BEM dekat google or yahoo then klik Board of Engineers Malaysia. Then pergi ke bahagian Professional Engineer Search then taip nama Nizar. Laman web tersebut akan paparkan maklumat seperti berikut:-

NAMA : DATO' SERI MOHD NIZAR BIN JAMALUDDIN
REGISTRATION NUMBER : 8307
DISIPLIN: MECHANICAL
STATUS : WITHOUT RESTRICTION

Ini bermakna Dato Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin adalah Professional Engineer yang berdaftar dengan BEM. Beliau juga layak untuk memegang gelaran Ir.