Ibrahim Ali Cabar Pak Nik Aziz!!

Bagus la brader Ibrahim ALi ni.... dia selamba rock ajer.... tak nak perkara menjadi fitnah dan isu yg boleh memecah belahkan bangsa dan negara.... dia ambik jalan tengah2..... dan ia adalah terbaik dan bijak.... TQ bro.... lu memang sudah bikin gua syok sama lu bro.... keep it up!!!

Ibrahim mahu bawa tuntutan royalti minyak ke mahkamah
27/01/2010 1:57pm

KOTA BHARU 27 Jan. – Kecewa dengan sikap kerajaan Kelantan yang enggan membawa isu tuntutan royalti minyak ke mahkamah, Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali menyatakan kesanggupan untuk berbuat demikian.

Bagi Ibrahim, tujuannya berbuat demikian hanyalah untuk membuktikan sikap sebenar kerajaan Kelantan yang takut membawa isu itu ke mahkamah kerana tahu isu itu tidak berpihak kepada mereka dan ia sebenarnya hanya dijadikan modal politik Pas semata-mata.

"Saya bagi tempoh sebulan mulai hari ini kepada kerajaan Kelantan pimpinan Pas untuk membawa isu tuntutan ini ke mahkamah dan jika tidak, saya sebagai rakyat Kelantan pula yang akan berbuat demikian.

"Tujuan saya adalah untuk membuktikan Pas sebenarnya takut untuk berhadapan di mahkamah dan isu ini sengaja direka-reka hanya untuk kepentingan politik semata-mata,” katanya kepada pemberita selepas menjadi panel Forum Wang Ihsan yang bertajuk “Antara Retorik Politik dan Keperluan Rakyat” di sini, malam tadi.

Forum itu dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, dengan anggota panel terdiri daripada Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr. Awang Adek Hussin sebagai seorang lagi panel, manakala Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Datuk Profesor Dr. Hussin @ Mohamed Ab Rahman sebagai pengerusi. – Bernama

Post a Comment

0 Comments