Apa dosa bayi perempuan ini?

KEJAM... Mayat bayi perempuan dihurungi semut dijumpai di hadapan
Masjid Permatang Duyong, Melaka, semalam. – Utusan/GAIE UCHEL




Menangis aku bila melihat gambar bayi ini....
Ya allah... hanya kau yang mampu membahagiakan bayi ini setelah dia melalui saat2 kematian yang amat memilukan ini......
Pilu aku melihat wajahnya yg sungguh comel..... sungguh tenang dalam mengharungi detik2 akhir nafasnya....
Hanya kau sahaja yg tahu... mengapa suratan ini terjadi kepada dia..... aku sendiri terseksa melihat jasad bayi ini... semoga ia tidak terjadi kepada diri aku dan semua kaum saudara aku.....
Ya allah.... hanya kau jua yg akan membalas azab sengsara kepada kedua ibu bapa bayi ini ya allah....
Semoga apa yg terjadi menjadi iktibar kepada yang lain.....

Ada beberapa perkara perlu di ketahui sebelum perkara ini terjadi!!!
.....

PUNCA UTAMA:-
  1. BERGAUL BEBAS!!!.... kalau yg ada AGAMA tu... tapi lepak sekali pompuan lelaki.... kira samalah jugak.... cuma tunggu masa ajer.... yg pisahkan hanya malu.... bila malu hilang.... berdesup buat maksiat!!
  2. Ada port baekkkk punya nak buat maksiat..... boleh sewa rumah... sewa bilik.... sewa hotel...... buat dalam kereta... lepak umah kawan... dan bermacam2 lagi....zaman sekarang tu lah masalahnya..... semua org berduit... budak pompuan yg malu2 masa kat sekolah dulu..... masuk universiti.... dan bila dah jadi kerja..... mereka sudah berani...... mak bapak tarak.... DUIT banyak..... so..... paham2 ajerla... yg lelaki biasala.... mana ada kucing tolak ikan depan mata???.....
  3. boleh kuar rumah mak bapak sesuka hati..... no time limit..... mak bapak sporting la.... tak balik rumah????..... tarak hal.... janji anak bahagia... janji anak sayang kat mak bapak....
  4. Tarak agama...... betul jugak..... tapi ramai yg ada agama sekarang... luluh hati mereka kena pujuk rayu iblis.... apatah lagi org2 biasa..... berapa banyak yg kena tangkap.... depan mata aku budak UIA selamba ajer lepak berdua dalam kereta kelisa... lamaaaaa... buat apa ye???....hehhehe....
Solutionnya pada aku ada beberapa perkara:-
  1. Ikut stail Shahidan Kassim dulu.... pukul 8 malam ajer.... semua remaja kena berada di rumah ibubapa masing2 kecuali pada kes2 tertentu..... tapi si Sharizat Jalil pulak tak bagi..... kononya Hak Asasi manusia..... aduh... hampeh betul..... tak pe lepas ni kena kuatkuasakan stail Shahidan tu!!!
  2. Iman boleh tergugat bila depan mata...... so.... elakkan BERGAUL BEBAS...... elakkan jugak berdua2an.... jangan CREATE ALASAN untuk berjumpa..... senang cerita.... jauhi zina.....
  3. Kasi laluan kepada poligami...... bagi peluang kepada perempuan yg nak second change.... atau third change... poligami jugak buat si lelaki letih..... dan isteri2 ada masa lebih dengan anak serta diri sendiri..... bila lelaki letih.... dan ramai perempuan yg dah berkahwin.... PASARAN SEKS BEBAS menjadi kurang....
  4. buat semua hotel ada pengawai JAKIM depan lobby hotel.... walaupun hotel bajet.... di wajibkan semua pasangan Islam menunjukkan kad kahwin..... maksiat kurang... JAKIM ada masyuk sikit.... kan best...
  5. Pantau semua rumah bujang..... ni kena penghulu kampung atau ketua politik tempatan yg kena pantau di bantu oleh Polis..... Persatuan penduduk pun kena tolong....
AKU yakin.... kalau semua di atas ini yang SEBENARnya MUDAH ajer di buat..... dengan segera di jalankan... maksiat akan berkurangan.... tak try tak tahu!!!


MELAKA 10 Feb. – Mungkin kehadirannya ke dunia ini tidak diingini. Namun perlukah bayi yang tidak berdosa ini diperlakukan sedemikian rupa?

Tidak dapat dibayangkan ada orang yang tergamak meninggalkan bayi yang masih bertali pusat di atas lantai di tepi pintu pagar sebuah masjid di sini.

Tidak diketahui sama ada ada bayi itu masih bernyawa ketika ditinggalkan di situ. Apa yang pasti, badannya dihurungi semut sewaktu ditemui. Dan bayi itu tidak lagi bernyawa.

Tidak ada manusia waras tergamak memperlakukan sedemikian. Namun itulah yang berlaku terhadap bayi perempuan ini.

Siri kekejaman terhadap bayi yang kelahirannya tidak dikehendaki nampaknya semakin menjadi-jadi dan seolah-olah tiada penamatnya.

Sudah tiga hari berturut-turut kes yang hampir sama berlaku. Kelmarin, mayat bayi perempuan ditemui tertanam di Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan semalam, seorang bayi ditinggalkan di hadapan rumah seorang pegawai polis di Kedah.

Penemuan terbaru awal pagi ini, cukup mengejutkan seluruh penduduk Kampung Permatang Duyong di sini.

Ketika ditemui, bayi yang cukup sifat itu hanya dibalut dengan sehelai kain putih.

Bilal masjid yang datang menunaikan solat Subuh merupakan orang pertama menjumpai mayat bayi itu yang pada mulanya disangka gumpalan baju.

Mohamad Abu, 60, berkata, dia ternampak gumpalan kain putih di atas lantai berhampiran pintu pagar kira-kira pukul 5.30 pagi.

“Saya tidak berapa perasan kerana keadaan ketika itu gelap. Saya ingat ia hanya baju putih yang mungkin dibawa angin dan terjatuh di situ.

“Ketika itu, saya tidak mempedulikan kain putih tersebut kerana hendak menunaikan solat Subuh,” katanya ketika ditemui pemberita di Masjid Jamek Permatang Duyong, hari ini.

Sebaik sahaja selesai solat, dia dikejutkan oleh jeritan seorang rakannya yang memberitahu ada mayat bayi perempuan di atas lantai berhampiran pagar masjid.

Mohamad yang bergegas keluar, terkejut apabila melihat mayat bayi yang dibaluti kain putih itu dihurungi semut.

“Saya betul-betul tidak sangka kain putih yang saya lihat tadi rupa-rupanya digunakan untuk membalut bayi,” katanya.

Dia kemudiannya segera menghubungi polis dan memaklumkan mengenai penemuan mayat bayi perempuan di masjid berkenaan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd. Rahman ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut sambil memberitahu, polis sedang berusaha mengesan ibu bapa bayi berkenaan.

“Mayat bayi malang itu dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

“Sehingga kini, belum ada tangkapan dilakukan. Siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengesan ibu bapanya termasuk mendapatkan rekod kelahiran daripada hospital dan klinik-klinik kerajaan serta swasta,” katanya.

Tambahnya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian.

Post a Comment

0 Comments