Inilah pendapat dan pandangan seorang pemimpin yang sayangkan NEGARA melebihi rakyat dan lain-lain. Dari mula memerintah, beliau memang sangat komited dan fokus dalam memajukan NEGARA sehingga berjaya di gelar sebagai NEGARAWAN yang paling berjaya dan yang paling ulung dan terbilang!!
Tetapi sedar atau tidak, dalam pemerintahan beliau jugalah DUIT adalah segala-galanya. Menjadikan Malaysia seolah-olah sebuah syarikat swasta dengan pelbagai dasar yang amat profesional di lapik dengan pelbagai alasan yang munasabah dan sangat logik. Akhirnya, rakyat yang bertaraf sederhana dan bertaraf bawah (majoriti rakyat Malaysia) terhimpit dan tertindas atas segala dasarnya.
Persoalannya di sini, perlukah NEGARA itu maju dan hebat dengan kadar yang pantas sedangkan rakyat tertindas dan terhimpit??? Apa salahnya kita maju dalam kadar yang sederhana namun segala perkara-perkara asas untuk rakyat hidup dalam "selamat, selesa dan suci" ini harus di pertingkat dahulu???
Antara kegagalan kerajaan pimpinan beliau setelah mengaku "berjaya" dan "memajukan" negara ialah:
- memberikan kualiti air yang suci dan bersih
- membina sumber utama bekalan makanan SENDIRI secara profesional dan besar-besaran.Makanan pasti menjadi murah dan berkualiti.
- memberikan perkhidmatan pengangkutan awam yang efisien dan efektif.
3 faktor utama di atas hanya sebahagian kecil daripada faktor-faktor yang lain yang tidak di pandang serius oleh beliau dalam memimpin negara ini. Mungkin beliau menganggap:
- "nak air bersih... belilah penapis sendiri.... maka lakulah perniagaan penapis air... kerajaan dapat cukai..."
- "buat apa tanam sendiri... menyusahkan.. petanian bukan boleh maju... makanan bukan perniagaan yang bagus... kita ikut konsep MAKAN LUAR.... senang... yang penting kita kerja kerja kerja.... ada duit... beli!!!"
- "kalau nak bergerak secara pantas dan bebas... belilah kereta sendiri... kerajaan untung pasal cukai kenderaan sangat tinggi.... kalau tak nak cukai lebih... belilah proton... untung kita... duit semakin banyak... dan TOL semakin banyak pungut wang rakyat!!"
SILA KOMEN YA. Kita bertukar pendapat!!
Bukan sahaja kos mengambil alih lebuh raya dibiayai melalui wang rakyat malah perbelanjaan untuk menyenggara lebuh raya ini akan juga dibiayai melalui dana disatukan, kata bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Oleh kerana tiada tol akan dikenakan, kerajaan tidak akan mendapat wang daripadanya dan juga tiada cukai dipungut daripada syarikat swasta yang mengendalikan operasi jalan raya kerana mereka tidak akan ada sumber pendapatan.
"Saya rasa kualiti lebuh raya juga akan merosot (lama kelamaan)," kata Mahathir, merujuk kepada saranan agar tol dihapuskan dan kerajaan mengambil alih operasi lebuh raya di Malaysia.
Dengan memiliknegarakan lebuh raya, kerajaan juga perlu membayar upah kepada pekerja untuk menyenggara jalan raya.
"Kerajaan tidak akan meraih apa-apa daripada langkah menjadikan prasarana ini milik negara, malah dana disatukannya akan terus menguncup," tegas Mahathir.
Sebagai satu tindak balas saiklik, perkhidmatan dan projek lain akan terjejas disebabkan oleh pengurangan pembiayaan kerana wang yang ada disalurkan kepada pengendalian dan penyenggaraan lebuh raya ini yang tinggi kosnya, katanya dalam ucapan pembukaannya pada Kongres Dunia Pertama dan Pameran Pengurusan Aset Prasarana di sini hari ini.
Pendek kata, kerajaan akan kekurangan wang untuk dibelanjakan bagi pembangunan lain, yang bererti pertumbuhan negara ini akan menjadi lembap dan rakyat akan menjadi lebih miskin.
"(Rakyat) juga perlu menurunkan mutu kehidupan. Kita boleh lupakan Wawasan 2020 serta cita-cita untuk menjadi ekonomi berpendapatan tinggi serta kekal sebagai negara dunia ketiga," tegas beliau.
Mahathir berkata sama ada sesebuah negara itu mempunyai sumber alam atau tidak, kemahiran pengurusan kerajaanlah yang menentukan prestasi negara itu.
Rakyat juga mesti memahami secukupnya tentang perjalanan ekonomi dan bahawa kerajaan bukanlah pertubuhan amal dan mempunyai amat banyak wang yang boleh dibelanjakan tanpa had.
"Jika sesebuah kerajaan itu memilih untuk menjadi popular dan mengetepikan perkara-perkara penting tentang pengurusan yang baik, terutamanya pengurusan prasarana, kita tidak harus hairan jika negara itu gagal berkembang," kata beliau.
0 Comments