Apakan daya aku...!!

Salam sejahtera semua..
Semalam aku lepak dgn seorg kenalan di PWTC..
Just nak jumpa kawan lama sembang2 mesra dan bertanya khabar..
Memang dah lama tak jumpa dia...
Tup tup dia skrg perisik bebas NGO dlm negara..
Best jugak tu.. Bangga saya dgn kawan lama aku tu..
Tapi tak rapat krn jumpa pun sekali sekala..

Borak punya borak terbukalah citer pasal politik negara..
Dia sedih beb... Aku pun sama jugak..
Negara bakal kucar kacir kerana kerajaan skrg yang di pimpin oleh
pemimpin dahulu dah silap langkah.. Dia kata..
Dulu terlampau fokus pada kejayaan materialistik dan kebendaan
sehingga lupa pada perkara holistik dan rohani rakyat yang berada
dibawah jagaan mereka..
Jati diri sebagai negara bangsa dan Islam dah jauh di tinggalkan..
Sebab itu rakyat skrg terikut budaya luar..
Sombong dan angkuh...
Tak peduli dgn hal ehwal orang lain..
Janji cukup makan dan keperluan yg lain..

''kerajaan bukan entiti bisnes.. Dia entiti pemimpin yang patut jaga
rakyat.. makan minum kesihatan dan segala keperluan rakyat kerajaan
kena jaga.. cari duit harus selari dengan kebajikan.. Rakyat pilih dia
org bukan untuk buat duit poket dan mengkayakan diri mereka dan gang2
dia.. Kekayaan mesti di kongsi''...

Kawan aku cakap tenang je tapi pedas dan tajam..
Riak muka dia sangat kecewa..

''kesannya skrg yang kita tanggung... PM Najib berhempas pulas menabur
segala yang ada utk memenangi hati rakyat kembali''...

''NASIB BAIK PEMBANGKANG PUN TERUK... Kalau tak dah lama kerajaan skrg
akan tumbang dengan penuh malu.. Semua rahsia dan pekung mereka akan
terbuka.. Aku tahu laaa... Aku kan org risik''..

Aku diam je.. Memang itu yang aku rasa..
Dan memang itu yang ramai fikirkan..

Antara yg kami bualkan ialah:
1. Islam di pandang sebagai perlembagaan KEDUA dalam negara..
2. Nilai2 Melayu yang dikikis spt tulisan jawi dan bahasa Melayu yang
di anak tirikan..
3. Dasar Pengswastaan Negara yang membebankan rakyat. Kononnya untuk
memperbaiki sistem pentadbiran..
4. Kos hidup yang semakin tinggi atas alasan faktor dunia..
5. Kualiti air yang tak pernah bersih dan merupakan punca paling UTAMA
kesihatan negara..
6. Kekayaan wakil rakyat, YB dan pemimpin atasan...
7. Kawalan kerajaan terhadap situasi orang asing dan orang bukan
pribumi terhadap ekonomi pribumi..

Sedih.. Tapi apa kan daya..
Aku rasa cuma tinggal doa dan tawakkal kepada Yang Maha Esa agar
semuanya akan menjadi lebih baik sahaja harapan kita..
Dan aku berharap dengan sedikit tulisan aku di blog ini boleh mampu
mengubah minda rakyat dan pemimpin negara agar sedar keadaan yang
berlaku..
Aku tak ada kuasa dan daya mengubah itu dgn 'tangan' aku..



--
Dari Mobile ku...

Post a Comment

1 Comments

King Faizal said…
walaubagaimana pun... Malaysia masih negara terbaik utk kita..