Kompleks BB Plaza di kawasan segi tiga emas, ibu kota. Bantahan
terhadap syor awal UDA roboh BB Plaza patut jadi iktibar Berikutan
bantahan pelbagai pihak terutama
peniaga Bumiputera, cadangan MRT Corporation
dan UDA Holdings mahu merobohkan Bukit
Bintang Plaza (BB Plaza) untuk memberi laluan
kepada pembinaan BB Sentral sebagai stesen MRT
(Aliran Transit Massa) akhirnya dibatalkan. Kementerian Kewangan
memberi jaminan BB Plaza
tidak akan dirobohkan. Dengan itu reka bentuk
stesen MRT bawah tanah yang mulanya mahu
dibangunkan secara bersepadu dengan BB Plaza
yang memerlukan bangunan itu dirobohkan di
semak semula. Dengan perkembangan itu, nampaknya pihak
berkenaan terpaksa akur dengan bantahan
pelbagai pihak terutama peniaga Bumiputera.
Kalau tidak, kira-kira 167 peniaga dengan lebih
2,000 pekerja tentu akan gulung tikar jika tidak
diberikan tempat lain untuk berniaga. Mulanya bangunan mercu tanda di
tengah pusat
pelancongan sejak didirikan lebih 30 tahun lalu
terpaksa dirobohkan untuk memberi laluan
kepada pembinaan BB Sentral itu. Bangunan itu
didirikan di atas tapak BB Park iaitu satu-satunya
pusat hiburan terkenal di ibu negara sekitar 60-an dan 70-an.
Berikutan cadangan awal MRT Corporation itu, UDA
Holdings menerima cadangan daripada
Tradewinds Corporation Bhd untuk mengadakan
usaha sama bagi membangun semula bangunan
itu. Nampaknya, UDA Holdings and MRT
Corporation dengan sendirinya merancang merobohkan bangunan itu hingga menerima
cadangan membangunkannya semula dengan
bangunan baru yang disepadukan dengan BB
Sentral. Kedudukan peniaga Bumiputera Cadangan itu memperlihatkan mereka tidak
berfikir panjang, tanpa memberi pertimbangan
terhadap kedudukan peniaga Bumiputera yang
sudah lama menjalankan perniagaan di situ. Malah
BB Plaza satu-satunya pusat beli-belah di segi tiga
emas ibu kota yang memberi ruang peniaga Bumiputera di kawasan pelancongan Bukit
Bintang. Cadangan awal MRT Corporation mengingatkan
kita kepada kecenderungan orang Malaysia sering
mahu mendirikan sesuatu yang terbesar tanpa
akur kepada akibatnya terhadap orang lain. Berikutan tekanan kerajaan
melalui Kementerian
Kewangan serta desakan pelbagai pihak termasuk peniaga yang terbabit,
suatu stesen yang sederhana boleh pula difikirkan. Mereka seolah-olah
tidak mengendahkan rungutan orang Melayu terhadap kekurangan kedai
milik Bumiputera di kebanyakan kompleks beli-belah di ibu kota,
Petaling Jaya serta Subang Jaya. Kalau dilihat di kompleks beli-belah
mega di sekitar
Lembah Klang seperti Megamall, Sungai Wang Plaza,The Curve dan Suria
KLCC, berapa kerat sangat kedai milik peniaga Melayu?
Sepatutnya usaha dilakukan untuk mendesak pengurusan semua
pusat beli-belah di Lembah Klang menyediakan lebih banyak ruang untuk
peniaga Bumiputera,
bukan merobohkan kompleks yang menempatkan majoriti mereka. Misalnya
di Suria KLCC, beberapa tahun lalu hanya ada dua kedai milik Melayu.
Malangnya satu sudah pun tutup kerana pengurusannya dikatakan tidak
senang dengan kewujudan mereka. Kelantan Delights satu-satunya
restoran Melayu di kawasan pelancongan popular itu juga sudah
disingkirkan, tanpa siapa dalam kalangan yang
berwajib menghalang usaha 'menghalau' kedai
makan popular itu, bukan saja bagi rakyat
tempatan malah pelancong luar negara. Sebuah lagi syarikat Melayu,
Jeans Sdn Bhd, yang
beroperasi di lantai pertama, menjual pakaian
jenama Levis dan Dockers dipaksa berpindah ke
tingkat atas kerana memberi laluan kepada
syarikat Singapura yang meletakkan syarat
memberinya ruang di lantai utama, jika mahu mereka membuka cawangan di Alamanda
Putrajaya, yang ketika itu berusaha memenuhi
ruang kosongnya. Alamanda adalah anak syarikat
Suria KLCC. Sebelum ini apabila ada saja ura-ura laluan MRT
akan dibina membabitkan Jalan Petaling, dengan
cepat ia dibantah peniaga Cina dan disokong
pelbagai pertubuhan dan akhbar Cina hingga
rancangan itu berkubur. Tetapi bagi peniaga
Melayu ia memerlukan campur tangan kerajaan, barulah usaha pembangunan
itu dapat diubah suai
supaya bangunan tidak dirobohkan. Kita harap ia
tidak akan menjadi kebiasaan orang Melayu boleh
dengan mudah diketepikan tetapi peniaga Cina
bagaikan sarang tebuan, tidak sekali-kali boleh
diusik.
--
Dari Mobile Phone ku....
Khazanah Kreatif
57100, Desa Petaling,
Kuala Lumpur, Malaysia.
1 Comments