Terlalu ramai manusia sekarang yang memuja "HANTU".

"Jangan pandang belakang", "Cermin", "Gong", "Congkak" dan bermacam-macam lagi filem dan terbaru drama "kekasih ku seru" sedang hangat dan sangat popular di kalangan rakyat Malaysia sejak kebelakangan kini. Sedar tak sedar semakin banyak PEMINAT-PEMINAT hantu yang menggilai watak-watak hantu seperti pontianak, roh jahat, pocong, nenek kebayan dan sebagainya sehingga mereka menjadi bintang popular dunia ghaib yang di katakan wujud itu.

Adakah mereka wujud??? Kepada ahli-ahli yang berpaksukan logik mereka kata hantu itu karut dan tidak logik sama sekali. Kepada orang kebanyakan seperti aku dan anda..... ada sesetengahnya percaya dan ada sesetengahnya tidak percaya. Namun yang pasti daripada segi agama kita wajib mempercayainya kerana ia sebahagian dari pada ahli-ahli dunia ghaib........ ciptaan Allah jua.......... cuma mereka tidak seperti yang kita bayang kan sekarang!!! Mereka sebenarnya adalah golongan-golongan jin dan iblis yang suka menggangu manusia. Dan tolonglah berjaga-jaga......... syarat paling mereka suka untuk menjelmakan diri adalah bila kita selalu memuja mereka dan percaya mereka adalah roh-roh manusia yang kembali ke dunia!!! MEREKA AKAN MUNCUL KEMBALI......... jika anda suka mereka!!!! .........kalau aku...... AKU LARIKKKKK.....!!!!!

Post a Comment

0 Comments