Sedutan daripada Kosmo Online:-
KUALA LUMPUR - Seorang pakar akademik dari Australia semalam mendedahkan satu hasil kajian di Belanda baru-baru ini yang mendakwa menemui sel darah merah babi sebagai kandungan penyekat bahan kimia dalam puntung rokok.
Profesor Simon Chapman dari Universiti Sydney dilaporkan berkata, kajian itu mendapati babi digunakan dalam 185 jenis industri termasuk penemuan sel darah merah haiwan itu dalam penapis (filter) rokok.
Kenyataan beliau yang disiarkan oleh akhbar Daily Telegraph kelmarin menjelaskan, hasil kajian tersebut pastinya mengejutkan perokok yang beragama Islam serta Yahudi yang diharamkan memakan babi.
Menurutnya, setakat ini satu jenama rokok yang dijual di Greece telah didapati mengandungi darah babi.
Alamak.... aku pulak sosial smoker la pulak.... macam mana ekkk????.... tu mungkin kat Australia jer kot.... kat Malaysia masih halal lagi agaknyaaaaaa.... hahahhaha....
Di minta JAKIM membuat pemeriksaan atas artikel ini.... jangan berlengah lagi kerana halal dan haram benda yang amat berat di sisi Allah.....
Walaupun aku seorang perokok tetapi tidak tegar.... boleh berhenti bila-bila masa ajer....
dan walaupun aku seorang perokok.... aku tetap menyatakan.... ROKOK itu tidak baik.....
SO... tepuk dada... tanya selera....
Chow chin chowwww...!!!!
0 Comments