MELAYU KURANG AJAR : RAFIQIN DARWISY - HINA ALLAHYARHAM DIN BERAMBOI



Astaghfirullah... 'AL-FUCK', kat mana budak ni belajar, bagaimana pergaulannya, didikan keluarganya... Sehinggakan berani mengeluarkan kenyataan yang menyentuh sensitiviti agama. Siapa yang silap?

* ADAKAH IA KESILAPAN SISTEM PENDIDIKAN KINI YANG KURANG BERKESAN MENTARBIAH PELAJAR SETERUSNYA GAGAL MELAHIRKAN MODAL INSAN YANG TERPUJI?
* ADAKAH IA KESILAPAN IBU-BAPA YANG MENDIDIK?
* ADAKAH SILAP PERSEKITARAN DAN MASYARAKATNYA?
* ADAKAH SILAP DARI PENGARUH RAKAN-RAKAN?
* ATAU ADAKAH IA KESILAPAN BUDAK INI SENDIRI YANG MEMILIH 'JALAN HITAM' DALAM HIDUPNYA...


Apakah ini gambarannya anak-anak remaja zaman sekarang? Mungkin ada hikmah tersembunyi mengapa Allah swt 'memunculkan' insan bernama Rafiqin Darwisy ini. Mungkin inilah masanya untuk kita sama-sama sejenak bermuhasabah diri, apa silapnya kita, apa silapnya sistem pembelajaran, sistem masyarakat, sistem undang-undang dan yang lebih utamanya apakah kesilapan ini berpunca dari pemerintah yang tidak mengutamakan pembangunan ROHANIAH dalam pemerintahannya.

Jangan menyalahkan dan hanya menuding jari kepada ibubapa mahupun guru-guru. Ibubapa zaman sekarang ramai yang ketinggalan dalam bidang IT berbanding anak-anak mereka. Bahkan mungkin ibubapa Rafiqin Darwisy inipun tidak mengenali apa itu Facebook, blog, twitter dan perkara berkaitan dunia komputer dan internet.
Bersama kita bermuhasabah diri. Pemerintah, inilah masanya untuk kalian melihat permasalahan anak-anak muda Melayu terutamanya yang beragama Islam, yang kebanyakannya bagai hilang jati diri. Bukan hanya hilang jati diri bangsa, bahkan lebih teruk lagi apabila hilang nilai-nilai ISLAM dalam diri.


KLIK GAMBAR UNTUK IMEJ LEBIH JELAS

Mengapa budak-budak sekarang kurang ajar? Mengapa masih ada yang bodoh kayu, menggunakan Facebook untuk menghamburkan kata-kata yang menyakitkan hati? Malah lebih biadab lagi apabila turut mengeluarkan kenyataan yang tidak manis kepada seseorang yang telah pergi meninggalkan kita?
Kita baru sahaja kehilangan seorang seniman yang tiada galang-gantinya. Namun ada juga rupanya insan yang tidak berakal memberikan komen biadab di laman FB arwah...


KLIK GAMBAR UNTUK IMEJ LEBIH JELAS


KLIK GAMBAR UNTUK IMEJ LEBIH JELAS


.........................................
KLIK DI SINI : RAFIQIN DARWISY


Alamat akaun myspace mamat ni :

Anna and the King 


Artikel Dari Blog Denai Cinta.

Post a Comment

0 Comments