Surat terbuka - Kepada Pemimpim rakyat Malaysia.



Menghapus Peniaga "Atas Angin"!!!

Saya adalah seorang yang bertaraf sederhana, berpendidikan sederhana dan berwatakan sederhana. Mempunyai asas berniaga dan sedikit mahir dalam berbahas dan “public speaking” dengan masyarakat tempatan. Dan saya juga selalu bercampur dengan masyarakat setempat dan aktif dalam bersosial demi mendekat diri dengan orang ramai. Oleh kerana itu, suara-suara sumbang telah kedengaran!!!

Dan di sini atas semangat “Rakyat di dahulukan, Pencapaian Di Utamakan”, dan memandangkan kerajaan sedang memperkasakan Jalur Lebar negara; saya harus menulis surat terbuka di BLOG ini kepada semua pemimpim masyarakat Malaysia kerana isu ini mampu menjadikan rakyat Malaysia menjadi kacau dan kesannya pasti akan menimbal balik kepada kerajaan kerana tiada tindakan yang kuat telah di ambil dalam menyelesaikan fenomena ini.


 Isu di sini ialah “Program-program niaga yang mengaut duit rakyat”.

Saya sendiri telah menjadi mangsa kejadian semasa ini. Program perniagaan internet, program monsun- biz, pelbagai program Laman Sesawang, pelbagai program koperasi, Buluh Emas, Inteleca, Telco&Post dan sebagainya.

Marah dan memberontak serta menyerang mereka tiada gunanya kerana mereka semuanya terlalu licik dan pandai dalam memutar belitkan undang-undang ciptaan manusia yang sedia ada di Malaysia.  Mereka berhati busuk dan hanya memikirkan duit poket mereka sahaja tanpa menitikberatkan nilai agama dan etika kemanusian di mana bagi mereka duit adalah perkara yang paling agung sekali dalam hidup mereka.

Saya sendiri menjadi mangsa mereka. Program “Monsun” yang berasaskan internet dan mendapat publisiti hebat di muka akhbar… hanya indah dari khabar. Kami menyerang pejabat operasi mereka di The Mall dan pelbagai cara bagi mendapatkan duit kami kembali tetapi hampa. Begitu juga dengan program Mobiweb, SMS gateway dan Email Blasting System yang di canang sebagai terbaik di Malaysia dan bakal menjadi hebat di dunia kelak.
 

Mereka menggunakan pelbagai cara dengan menggunakan pelbagai nama yang hebat dan besar dalam mejadikan mereka seolah-olah di iktiraf oleh kerajaan Malaysia. Contohnya MCMC, TEKUN dan MARA .

Baru-baru ini pula saya terkena lagi. Mereka dengan bangga menggunakan nama Dewan Perniagaan Malayu Malaysia ( Kuala Lumpur), TM Berhad, TEKUN, Pos Malaysia, Bank Al-Rajhi dan pelbagai lagi nama dalam proses mengaut keuntungan tanpa memikirkan kesan kepada orang ramai.

Mereka menyediakan lesen dan sedikit produk “stater kit” yang tidak di terima akal dalam langkah pertama bayaran jika mahu bersama mereka, kononya hanya merekalah yang terbaik dalam menyediakan perkhidmatan tersebut. Walhal, produk TM dan pelbagai produk mereka boleh dan mampu di buat secara sendiri tanpa melibatkan mereka. Ini beberapa fakta “putat belit” mereka:-

  1. Membayar beberapa jumlah bayaran sebagai bayaran “starter kit”. Ada RM18,000 ++, RM9000++ dan RM15000++.
  2. Produk yang di berikan tidak setimpal dengan bayaran pendahuluan. Saya mendapat minyak kelapa dara yang terlalu mahal harganya dan tertera nama New Zealand pada produk mereka walhal ia di buat hanya di Malaysia. Dan paling mengejutkan….. 30 kapsul berharga RM90.00 harga jualan. Adakah orang mahu membelinya jika 1 kapsul berharga RM3.00?? bagaimanakah kami mahu melawan produk pesaing yang lain??.... apakah kehebatan produk mereka???.... mereka terlalu tamak dalam mengejar kekayaan.
  3. Mereka menjanjikan pinjaman TEKUN. Dengan bangga dan yakin serta menjaminkan hasil, pinjaman ini pasti dapat tidak sampai sebulan. Mereka menyuruh kami meminjam duit dari pelbagai cara dan pinjaman TEKUN ini akan membayar kembali kesemua hutang itu dalam jangka masa tidak sampai sebulan, itu janji mereka!!! Tetapi sampai ke sekarang, janji hanya tinggal janji. Borang hilang, keadaan politik tidak menentu, TEKUN tiada duit dan pelbagai alasan mereka beri kepada saya. Sekali lagi, duit saya di telan oleh buaya bangsa sendiri. Di mana harus saya mengadu???... undang-undang tidak menyebelahi kami.
  4. Mereka juga menjanjikan pinjaman Bank Al-Rajhi namun tanpa memberitahu kami, pinjaman ini adalah terlalu sukar untuk mendapatkannya. Ramai pengedar mengeluh. Banyak borang permohonan telah di tolak atas pelbagai alasan.
  5. Mereka menggunakan sistem MLM dalan mencari pengedar. Taja menaja tanpa lesen AJL pada keseluruhan program itu. Lesen AJL Cuma ada pada produk BIOCO yang menjadi produk Thyme Orion iaitu salah satu syarikat dalam program ini. Ini sebenarnya AGENDA UTAMA mereka. Perkara inilah yang mereka laung-laungkan dalam mengaut keuntungan yang cepat dan berganda kepada kami. Namun perkara yang paling kami benci ialah ia menyebabkan lambakan pengedar dan mengecilkan skop pasaran kepada kami. Dalam iklan di akhbar, dengan terang mereka menyatakan bahawa peluang ini adalah terhad, tetapi itu semuanya bohong!!



Saya sudah habis ribuan ringgit dalam mencari ruang perniagaan yang terbaik bagi saya. Dan ramai lagi Melayu seperti saya berada di luar sana. Kami tiada sokongan belakang seperti peguam mahu pun persatuan ataupun badan dalam menangani permasalahan ini.


Dan saya mengambil keputusan untuk menulis ke ruang BLOG ini bagi menyampaikan penyakit masyarakat yang saya ibaratkan “api dalam sekam” dalam mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda malah ia akan memburukkan lagi kreadibiliti kerajaan atas dasar tidak perihatin terhadap peniaga Melayu bangsat seperti mereka.
Mereka wajib di hapuskan!!!

Freemasons For Dummies
 

Post a Comment

5 Comments

Hairul APSB said…
Saya setuju! Walaupun saya belum terjebak secara serius, tapi saya melihat perkara ini menjadi jadi kebelakangan ini.. Kesian dengan mereka yang cuba menyelesaikan masalah kewangan dengan cara mudah seperti yang dijanjikan oleh buaya buaya dan naga naga tak berhati perut ni.. Harap kerajaan dapat hadkan dan pantau syarikat syarikat MLM yang ada. It's all about "Money Game" dimana akhirnya mereka ini yang menang.. Produk yang ada hanyalah wayang semata sekadar memenuhi syarat undang undang.. Ianya umpama barah.. Menyerang segenap sudut kehidupan kita sehari hari.. Mereka tak kira tempat mengganyang privasi kita asalkan mangsa menyerah.. Tanpa segan silu mereka mendabik dada yang merekalah yang terbaik dan merekalah yang dapat mengubah nasib seseorang secara mudah.. Ingatlah.. Nak jadi senang bukan senang.. Tiada jalan singkat..
King Faizal said…
Hahahaha... terima kasih komen dan menyokong ketidak adilan ini....
Untuk pengetahuan semua.... bisnes yang mereka anjurkan bukan skim cepat kaya... genuine business... tapi sistem dan cara berniaga mereka sangat2 berat sebelah!!!....
Harap berhati-hati!!!
permaisuri72 said…
dewasa ini, memang terlalu banyak penipuan demi penipuan yg berlaku dalam masyarakat kita.. di dalam akhbar misalnya harian metro, kita disogokkan dengan pelbagai cerita yang serupa walaupun berlainan cara... namun masih ramai yg tertipu.. kenapa yer? mungkin benarlah bidalan yg berkata "Orang Tamak Selalu Rugi"... namun sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.. kini jadikanlah semua kesilapan itu suatu pengajaran.. mungkin ada hikmah di sebaliknya.. nasihat saya, juga utk diri saya sendiri, bukan senang utk senang.. usahalah dengan titik peluh sendiri, insyaallah mampu membuahkan hasil yang kita inginkan.. tiada jalan mudah untuk berjaya..

Akhir kata, meh join saya jual Vimax - supplemen utk lelaki "papa juara, mama bahagia"... jgn mareee....
King Faizal said…
Bisnes yg mereka anjurkan bukan jalan mudah... ia bisnes yang real... jual sistem web, sistem SMS, jual produk TM dan sebagainya...
ia bukan pasal tamak (tak baik berkata begitu).... ia cuma keinginan mahu berniaga dan menyahut sahutan kerajaan yang menggalakkan supaya rakyat berniaga.... ia sama juga dgn sistem yang saudari buat... "Jual Ubat Lelaki", sensa oil... sistemnya sama... jangan keliru di sini... mereka pemangsa yang buas dan bijak!!!
Navigator said…
Siapa nama yg pakai cermin mata tu,dan yg muka mcm playboy tu sapa namanya? Nak tau je? beringat bro sblum terkena!