Jaga-jaga beb.... Facebook punya penangan.... sorang kantoi....
tu semuanya pasal emosi..... rasa dalam diri.... takkan apa2 jadi kat aku!!
dan confirm lepas ni budak ni akan jadi rebel kepada polis dan kerajaan...
itulah kelahiran ahli pembangkang!!!
klik di sini.Oleh SITI NOORALINA AHMAD
pengarang@utusan.com.my
PETALING JAYA 15 Jan. – Seorang pelajar Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menghantar komen berbentuk ugutan dalam laman Facebook berhubung isu kalimah Allah.
Mohamad Tasyrif Tajudin, 25, merupakan individu pertama didakwa di mahkamah setelah tercetusnya bantahan berhubung isu penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan Gereja Katolik.
Dakwaan terhadap pelajar tahun pertama jurusan Diploma Perfileman itu dibuat selepas dia dituduh menghantar komen: “Ke nak aku baling bom petrol di sana plak? Harga boleh runding...” di laman web rangkaian sosial interaktif tersebut.
Dia didakwa secara sedar menggunakan aplikasi dalam Internet bagi memulakan penghantaran komen yang bersifat mengancam dengan niat untuk mengganggu orang lain di laman Facebook milik individu bernama Shahrul Maizam.
Perbuatan itu didakwa dilakukannya di B-10-17-20, Blok 10, Jalan PJS 2B/1, Desa Mentari 2, di sini pada pukul 10 pagi, 10 Januari lalu.
Ketua Putera MIC Selangor, T. Dhinesh merupakan pengadu dalam kes ini.
Mohamad Tasyrif didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta tersebut.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya.
Mohamad Tasyrif mengangguk tanda memahami pertuduhan tersebut tetapi tiada pengakuan direkodkan kerana Hakim Aslam Zainuddin yang sepatutnya mendengar kes itu mempunyai urusan rasmi di Shah Alam.
1 Comments