Tidur dalam Tandas???


Rata-rata manusia NORMAL faham akan hakikat bahawa mereka memerlukan beberapa perkara untuk hidup..... Mereka perlu :-
  1. tempat untuk berlindung....
  2. makan....
  3. minum.....
  4. pakaian...
  5. kenderaan/pengankutan....
Semua "Perkara Asas" ini adalah keperluan yang menjadikan manusia itu sempurna di mata manusia....
tanpa asas ini..... mereka di anggap pincang.... miskin.... lemah dan sebagainya.....

DAN merujuk kepada akal dan hukum manusia..... manusia yg mampu menyediakan semua ini kepada sesebuah tamadun manusia secara besar, meluas serta adil dan saksama ialah manusia yg mempunyai KUASA......... dan WANG adalah antara kuasa-kuasa tersebut!!......

Ya.... dengan kuasa itu..... mereka mampu menyediakan makanan dan minuman yg cukup banyak....
dan mereka juga mampu menyediakan tempat berteduh yg selesa kepada manusia lain.....
menyediakan kenderaan awam dan jalan yg selamat dan selesa.... dan memberi mereka pilihan pakaian yang baik2 dan cantik untuk di pakai......

SO.... siapa manusia yang mempunyai KUASA tersebut???.....
Mereka adalah di kalangan kita..... yang di pilih oleh kita..... supaya memimpin kita untuk terus hidup berlandaskan SELAMAT dan SELESA...
Mereka selalunya di gelar PEMIMPIN.......

ASASnya pemimpin wajib di lihat secara halus sebagai seorang manusia yg:-
  1. bijak...
  2. tegas....
  3. mampu berhujah dan berkata2....
  4. dan paling penting.... beriman dan baik budi.....
Semua pemimpin ini bila di kumpulkan.... ia akan di panggil KERAJAAN....
Kerajaan bertanggungjawab mengurus dan mentadbir sesebuah tamadun/negara manusia agar segala keperluan dan kewajipan hidup manusia berjalan lancar.....

Kerajaan Malaysia boleh di lihat sebagai berjaya dalam semua aspek di atas.....
Syukur dan berbangga dengan pencapaian ini......

Namun persoalan di sini ialah.....

SEMUA "PERKARA ASAS" ITU............
SEMAKIN MAHAL...... BERKUALITI RENDAH ..... DAN SEMAKIN SUKAR DI PEROLEHI!!!!

Ini merupakan masalah di Malaysia...... dan ia makin membarah......
  1. Makanan dan minuman semakin tercemar.... semakin mahal..... dan ini problem no 1....
  2. Pakaian juga semakin mahal namun berkualiti rendah..... yang murah.... maknanya kena beli di bundle.....
  3. Rumah amat sukar di perolehi...... semakin mahal.... proses undang2 nya rumit..... tidak berkualiti berbanding Jepun dan Singapore...... tidak selamat(cthnya apartment) dan pelbagai2 masalah......
  4. Kenderaan juga antara termahal hanya kerana nak melindungi kereta nasional..... itu pada mulanya tidak mengapa... tetapi masalahnya kereta nasional kualtitinya hancur berkecai......
  5. Jalan raya jugak hancur..... banyak tempat yg merbahaya...... Jamm sana sini....... lobang sana lopak sini.... TOL sana TOL sini...... eksiden setiap hari......
  6. Kenderaan awam???....... aduh.... malas la nak cerita.... ada tempat best.... ada tempat hancusssssss..... Teksi sekarang tak sampai 3 kilometer dah 7 ringgit... parah... parah....

ADAKAH INI BUKAN TANGGUNGJAWAB KERAJAAN????...... bagi aku tidak.... kerajaan kena bertanggungjawab semuanya..... habis siapa lagi???......
Jangan sampai kami tinggal sehelai sepinggang dan tidur di dalam tandas hanya kerana tidak mampu meng"ADA"kan kesemua perkara asas yg di sebut di atas (macam dalam gambar).....

TEGURAN ikhlas dari saya!!

Post a Comment

0 Comments