Dhani: Kalau Benar Saya Ini Agen Zionist, Dah Tentu...





Alaaaaaa.... dah menggelabah nak kena BOM baru tak mengaku Zionis.... blah la lu mamat... hehehhe.....



Jakarta, 25 MAC 2011:

Berikutan dituduh sebagai kaum Yahudi dan pengikut zionis seperti yang tertera dalam buku Fakta dan Data Yahudi di Indonesia hasil nukilan Ridwan Saidi, ketua kumpulan Dewa 19, Ahmad Dhani tidak mahu lagi berdiam diri. Apatah lagi bila dia telah dikirim sebutir bom di dalam buku tersebut.

Sebaliknya, bekas suami kepada Maia Estianty ini telah menuntut bela dengan membuat laporan polis. Baginya, dakwaan yang dikemukakan oleh Ridwan Saidi itu sama sekali tidak berasas serta tidak benar.
Dalam buku tersebut, Ridwan Saidi mengaitkan Dhani sebagai penganut Yahudi menerusi penemuan pelbagai lambang Yahudi dalam album Ahmad Dhani dan Dewa 19.
Namun sewaktu membuat laporan polis pada Jumaat lalu, Dhani menganggap bahawa apa yang dipaparkan itu tidak mengandungi apa-apa propaganda. Sebaliknya, ia tidak lebih sebagai satu karya seni semata-semata.

Ikuti wawancara bersama Dhani selanjutnya.

SOALAN: Tadi apa yang anda lakukan di balai polis?

DHANI: Saya buat laporan polis berdasarkan kiriman bom tersebut dan apa yang tertulis di dalam buku tersebut. Beberapa video di Youtube juga turut menimbulkan provokasi kononnya saya ini agen Yahudi, agen Zionis dan agen Israel. Disebabkan itu, ia mampu memprovokasi terrorist untuk mengebom saya. Masalah itu perlu saya dilaporkan, jadi yang membuat video dan menulis buku perlu dipanggil untuk diminta keterangan.

SOALAN: Anda pernah diwawancara Ridwan saat proses pembuatan buku tersebut dibuat?

DHANI: Tak pernah. Sebenarnya dulu keluarga di sebelah ibu saya iaitu pakcik saya pernah mahu melaporkan hal ini kepada pihak polis. Sebabnya, salasilah datuk saya telah dikarang-karang dan ia adalah satu fitnah. Tentunya hal itu membuat kami menjadi resah.
Apa tidaknya, dalam buku tersebut ada mengandungi keterangan yang tidak benar. Kononnya, ibu saya, menikahi ayah saya kerana mahukan perlindungan. disebabkan dia seorang Yahudi. Kalau tuduhan yang berkaitan dengan fitnah yang seperti ini, hukuman yang bisa dikenakan adalah pasal 310 dan pasal 311.

SOALAN: Lalu bagaimana dengan logo-logo di album Dhani dan Dewa 19 yang disebut Ridwan sebagai lambang Yahudi?

DHANI: Begini, sebenarnya saya inikan seniman. Jadi, apa selalunya yang ihasilkan oleh pemuzik? Yang dihasilkan adalah muzik dan lirik. Lambang-lambang berbentuk Dewa Hourus yang disebutkan itukan ada beberapa. Seperti dalam album yang ketiga. Dalam album Bintang Lima pun ada juga. Tapi, yang membuat kulit album itu bukan saya. Kerana kerja-kerja membuat lambang ini bukan kerja saya. Yang saya buat adalah dan hasilkan dalah muzik dan lirik-lirik yang banyak berisi Ketuhanan.

Jadi, kalau mahu menilai saya, nilailah dari sudut lirik yang saya hasilkan. Bukan menerusi lambang kulit album atau muzik video yang dihasilkan kerana saya tidak terlibat langsung dalam kerja-kerja itu. Dan, lirik, lirik saya banyak berkait tentang Islam tapi kenapa kebenaran itu dinafikan. Misalnya lirik lagu 'Cinta-cinta Allah', 'Jika Surga dan Neraka Tak Pernah Ada' serta 'Kuldesak' liriknya sangat alfatkah.
Buku ini juga telh sangat membunuh karektor, yang akhirnya bisa membunuh saya juga. Kalau setakat hanya tertumpu pada pembunuhan karektor, say atidak gentar, tapi kalau sudah sampai ke arah pembunuh yang betul, sesungguhnya harus saya laporkan.
Kalau betullah saya ini dianggap pengikut aliran sesat atau saya dianggap pengikut aliran Yahudi. Maka, saya adalah pengikut yang gagal kerana tidak satu pun penggemar Dewa yang menjadi Yahudi. Malah, tidak satu pun penggemar Dewa 19 yang jadi sesat atau yang jadi penyembah Setan. Jadi, tuduhan ini memang tidak benar.

SOALAN: Anda gusar?

DHANI: Ya, saya serahkan ke Allah ajalah.

SOALAN: Dulu saat buku itu keluar, mengapa tidak protes?

Dhani: Seperti yang saya katakan sebentar tadi, pada awalnya ia hanya berkaitan dengan pembunuhan karektor dan tidak terlalu berat untuk saya hadapi.Tapi, bila sudah ada cubaan untuk membunuh, saya fikir saya tidak boleh diam lagi. Lebih-lebih lagi bila saya ingin dibunuh atas dakwaan yang bukan-bukan. Lainlah, kalau saya ini betul-betul penyebar aliran sesat.

SOALAN: Ingin bertemu penulisnya?

DHANI: Tidak perlu sebab yang pasti penulisnya hampir membuat saya terbunuh.

SOALAN: Apa langkah selanjutnya?

DHANI: Saya tidak tahu. Sebab, ini adalah masalah nasional. Jadi, prosesnya pasti banyak.

Post a Comment

0 Comments