Beli Belah Tetingkap - Window Shopping.



Haaaa... kalau bab ni pompuan la terer beb...
Harap lelaki jangan la harap... hampehhhh..
tapi aku ada masalah krn aku memang suka window shopping daaaa...
ada beberapa kebaikan dalam aktiviti2 ini sebenanrnya beb
antaranya:-

Berjalan kaki.
satu aktiviti fizikal yg paling bagus untuk tubuh badan membakar lemak dan menjadi senaman yg paling ideal.

Udara bersih.
aktiviti fizikal anda di luar kini lebih teruk, tercemar dan berabuk berbanding di dalam mall atau pusat beli belah yg ada di sekeliling kamu kecuali di ulu kampung. Tapi di ulu kampung mana ada mall daaa... hahahha.

Menganalisa pasaran harga.
Di dalam ilmu ekonomi, window shopping memang di galakkan. ia sangat amat membantu untuk kita merancang belanjawan di masa hadapan.

Mengetahui tawaran dan berita semasa barang keperluan.
Di dalam mall, terlalu banyak promosi2 yg baik untuk kita di mana ia sukar di dapati di tempat lain. Produk2 baru dan berita2 kebaikan keperluan kita juga dengan pantas sampai ke pengetahuan kita secara direct dan interpersonal.

Satu terapi minda dan riadah jiwa.
Di mall banyak kedai makan, kedai pakaian, kedai teknologi dan pelbagai lagi. Org ramai dengan pelbagai ragam. Cahaya dan kemeriahan suasan menjadikan kita tidak kesunyian. Menjadikan kita ceria dan hidup.

Window shopping memang langkah yg amat baik terutamanya kepada ahli keluarga yg aktif berbelanja.
Tanpa perlu bergantung  kepada org lain dan media2 yg ada, anda terus secara direct mendapat apa yg anda rancang malah boleh membuat keputusan dengan lebih bijak tanpa gangguan atau bisikan org lain.
Tak perlu dengar "orang lain" cakap... hehhehehe...
Lu punya keputusan ada di depan mata daaaaaaaaa....
tepuk dada tanya selera maaaaaaaaaaa....

http://drjiwa.blogspot.com

Post a Comment

0 Comments